Dua Bakal Calon Yang Terpaksa Dikorbankan Lebih Awal Di PRK Permatang Pasir

Adakah anda masih ingat tentang tindakan Pas Kawasan Permatang Pauh memboikot PRK Penanti? Lihat kembali berita itu di bawah.

Laporan Malaysiakini menyatakan PAS Kawasan Permatang Pauh membeku jentera pilihanrayanya di setiap peringkat berkuatkuasa serta merta.

Yang Dipertuanya, Omar Hassan berkata, keputusan tersebut dibuat sebulat suara dalam mesyuarat jawatankuasa PAS kawasan itu malam tadi.

Ditanya sama ada keputusan itu bermakna, PAS kawasan itu tidak akan berkempen membantu calon PKR dalam pilihanraya kecil DUN Penanti, beliau berkata:

"Ini bukan satu boikot (terhadap PKR) tetapi untuk membolehkan kita fokus untuk memperkasakan parti di semua peringkat di Permatang Pauh".

Malah, katanya, PAS kawasan turut membantu calon PKR dalam pilihanraya kecil DUN Bukit Selambau sebelum ini.

Omar ditanya sama ada keputusan malam tadi itu ada kaitan dengan usul PAS kawasan itu yang mahu meletakkan calonnya bertanding di Penanti. Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat PAS kawasan tersebut pada 19 April lalu.

"Kita masih lagi berpegang dengan usul tersebut kerana ia adalah kehendak akar umbi di situ," katanya.

Dijangka Yang Di Pertua Pas Kawasan Permatang Pauh iaitu Ustaz Omar Hassan akan menjadi korban pertama PRK Permatang Pasir dengan tidak dicalonkan untuk menggantikan Almarhum Ustaz Hamdan Abdul Rahman.

Korban kedua yang dijangka ialah Ustaz Mohd Hafiz Mohd Nordin yang berhasrat meletakkan calon PAS di PRK Penanti baru-baru ini.

Mengapa jadi begini?

Tangan siapakah di sebalik perkhabaran ini?

0 comments:

Post a Comment