Calon BN Permatang Pasir0 comments Friday, August 14, 2009Di pihak Barisan Nasional saudara Rohaizat Othman telah terpilih sebagai calon PRK Permatang Pasir. Pemilihan Setiausaha Bahagian yang berasal dari Kampung Mengkuang Titi, Penanti ini tidak mengejutkan.
Khabarnya beliau terpilih sebagai calon kerana mendapat sokongan kuat Ketua Bahagian. Perebutan Antara Mujahid Dan Bang Mat Untuk Menjadi Calon0 comments Monday, August 3, 2009
Umum mengetahui ada dua nama yang terkehadapan untuk menjadi calon Pas di Permatang Pasir. Mereka ialah Dr. Mujahid Yusof Rawa dan Mohamad Sabu.
Umum juga mengetahui bahawa kedua-dua tokoh di atas tidak rapat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mempunyai kuasa kata pemutus dalam menentukan calon Pas di Permatang Pasir. Datuk Seri Anwar juga sebelum ini telah memberikan bayangan tentang kehendak pemimpin dan ahli PKR untuk meletakkan calon PKR di Permatang Pasir. Perkara-perkara di atas telah mengusutkan lagi keadaan di Permatang Pasir. Pada posting yang akan datang penulis akan memberikan satu lagi nama calon akar umbi yang dikehendaki penyokong Pas di Permatang Pasir. Beliau lebih dekat dengan penduduk Permatang Pasir berbanding dua tokoh kebangsaan di atas. Lagipun penduduk Permatang Pasir memerlukan seorang tokoh agama yang mampu menerajui Majlis Agama Islam Pulau Pinang berbanding Mohamad Sabu dan Dr. Mujahid Yusof Rawa. Datuk Seri Anwar Kepingin Calon PKR Di Permatang Pasir0 comments Sunday, August 2, 2009Sebagaimana penulis tulis dalam posting terdahulu, Pas mengalami liku-liku untuk meletakkan calon di Permatang Pasir kerana setiap calon perlu mendapat restu daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim terlebih dahulu.
Khabar terbaru yang diterima ialah PKR sendiri ingin meletakkan calon di Permatang Pasir. Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri telah memberikan "hint" sedemikian hari ini. Adakah berlaku perebutan antara Pas dan PKR di Permatang Pasir? Bolehkah Mat Sabu Jadi Calon?0 comments Saturday, August 1, 2009![]() Abang Mat khabarnya antara tokoh yang disebut-sebut bakal menjadi calon di Permatang Pasir. Persoalannya adakah beliau akan direstui oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Bukan jadi rahsia lagi mereka berdua memang tidak begitu mesra antara satu sama lain.
Abang Mat mungkin direstui oleh Lim Guan Eng. Lagipun Lim Guan Eng melantik beliau menjadi Ahli Lembaga Pengarah PBA. Hubungan akrab antara kedua-dua mereka mungkin menjadi jambatan baru kepada Pas Pulau Pinang dengan DAP yang memerintah negeri ini. Cuma masalah besar Abang Mat ialah beliau ditimpa ketulahan kalah pilihanraya. Ketulahan kedua ialah kes tangkap basah belasan tahun yang lalu. Benar beliau lepas dari tuduhan tapi persepsi orang terhadap beliau tetap ada. UMNO pula bagaimana. Dengar khabar ramai yang menawarkan diri menjadi calon tapi hanya ada satu atau dua anak tempatan yang layak. UMNO Permatang Pauh ketandusan pemimpin yang berwibawa untuk diketengahkan. Dua Bakal Calon Yang Terpaksa Dikorbankan Lebih Awal Di PRK Permatang Pasir0 comments Friday, July 31, 2009Adakah anda masih ingat tentang tindakan Pas Kawasan Permatang Pauh memboikot PRK Penanti? Lihat kembali berita itu di bawah. Laporan Malaysiakini menyatakan PAS Kawasan Permatang Pauh membeku jentera pilihanrayanya di setiap peringkat berkuatkuasa serta merta. Dijangka Yang Di Pertua Pas Kawasan Permatang Pauh iaitu Ustaz Omar Hassan akan menjadi korban pertama PRK Permatang Pasir dengan tidak dicalonkan untuk menggantikan Almarhum Ustaz Hamdan Abdul Rahman.
Korban kedua yang dijangka ialah Ustaz Mohd Hafiz Mohd Nordin yang berhasrat meletakkan calon PAS di PRK Penanti baru-baru ini. Mengapa jadi begini? Tangan siapakah di sebalik perkhabaran ini? PAS man dies, and causes another by-election0 commentsThe PAS state assemblyman for Permatang Pasir in Penang, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman, died this morning at the National Heart Institute here. His death is likely to set off yet another by-election battle between Pakatan Rakyat (PR) and Barisan Nasional (BN). It will be the eighth by-election for either federal or state seats since last year's general election. Penang has become a stronghold for PR especially since it is the home state of Datuk Seri Anwar Ibrahim and DAP's Lim Guan Eng is the chief minister. But the change of leadership in the federal government and Umno has given BN a boost, with the ruling coalition looking to have gained some momentum in its rivalry with PR. In the recent Manek Urai by-election in Kelantan, which is an even bigger stronghold of PR, the PAS candidate scraped by with a wafer-thin majority. Mohd Hamdan was a two term state lawmaker and was the former Penang PAS commissioner. The 63-year-old leaves a wife and six children. A Penang government official said Mohd Hamdan's body was expected to arrive in his constituency this afternoon for prayers and burial. In the 2008 polls, Mohd Hamdan beat Umno's Ahmad Sahar Shuib by a majority of 5,433 votes. (MI)
Subscribe to:
Posts (Atom)
FollowersBlog ArchiveLabelsStats |
