Umum mengetahui ada dua nama yang terkehadapan untuk menjadi calon Pas di Permatang Pasir. Mereka ialah Dr. Mujahid Yusof Rawa dan Mohamad Sabu.
Umum juga mengetahui bahawa kedua-dua tokoh di atas tidak rapat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mempunyai kuasa kata pemutus dalam menentukan calon Pas di Permatang Pasir.
Datuk Seri Anwar juga sebelum ini telah memberikan bayangan tentang kehendak pemimpin dan ahli PKR untuk meletakkan calon PKR di Permatang Pasir.
Perkara-perkara di atas telah mengusutkan lagi keadaan di Permatang Pasir.
Pada posting yang akan datang penulis akan memberikan satu lagi nama calon akar umbi yang dikehendaki penyokong Pas di Permatang Pasir.
Beliau lebih dekat dengan penduduk Permatang Pasir berbanding dua tokoh kebangsaan di atas. Lagipun penduduk Permatang Pasir memerlukan seorang tokoh agama yang mampu menerajui Majlis Agama Islam Pulau Pinang berbanding Mohamad Sabu dan Dr. Mujahid Yusof Rawa.
FollowersBlog ArchiveLabelsStats |
0 comments:
Post a Comment